Idea perniagaan – siri 2
Ini adalah di antara link-link yang bakal saya analisis untuk mencari apakah perniagaan-perniagaan yang boleh dilakukan
http://www.matjay.co.cc/2010/05/idea-idea-bisnes-part-2.html
Ini adalah di antara link-link yang bakal saya analisis untuk mencari apakah perniagaan-perniagaan yang boleh dilakukan
http://www.matjay.co.cc/2010/05/idea-idea-bisnes-part-2.html
Bila nak fikirkan tentang idea perniagaan, bukanlah satu tugas yang mudah. Kalau sekadar nak idea sahaja, memang boleh. Tapi bila nak fikirkan yang betul-betul boleh dilakukan dan berbaloi, amatlah sukar.
Tapi nak seribu daya kan?
Team Saifulsham ada menggariskan 6 kriteria idea bisnes iaitu :
1) Terbukti
2) Boleh diuji
3) Kesenangan
4) Hasil yang boleh dijangka
5) Faedah berpanjangan
6) Relevan
Untuk bacaan lanjut, layari
http://www.saifulsham.com/2009/6-kriteria-idea-bisnes/
Apalah agaknya idea perniagaan yang akan saya dapat dan laksanakan dalam masa terdekat ini yer ? Hurm…
Kadangkala saya telah yakin bahawa ceramah yang saya lakukan telah bagus. Dari satu segi, ia sememangnya bagus untuk mempunyai keyakinan seperti itu. Namun dari satu sudut yang lain ia sebenarnya amat merugikan.
Dalam budaya Jepun, mereka mempunyai satu istilah yang dipanggil “Kaizen” atau pun penambahbaikan secara berterusan. Kita hendaklah sentiasa berfikir apakah perkara yang perlu ditambah baik dalam perniagaan kita. Apa kekurangan yang boleh diperbaiki.

Saya mendapat idea untuk menulis tentang ini disebabkan oleh satu sesi ceramah yang saya baru adakan tadi. Ini antara pengalaman yang agak tidak memuaskan hati saya sebagai seorang penceramah.
Memang saya boleh sahaja menyalahkan pihak penganjur untuk menutup kelemahan ceramah saya sebentar tadi, tapi saya percaya ia adalah satu proses pembelajaran yang cukup baik untuk saya. Inilah antara ilmu yang tidak akan saya peroleh daripada buku teks. Sesuatu yang hanya boleh dipelajari daripada pengalaman.
Jadi, untuk menjadi pakar di dalam bidang yang kita ceburi, kita hendaklah melakukan perkara tersebut sekerap mungkin dan cuba mengenalpasti apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan. Menuntut ilmu berdasarkan teori semata-mata adalah amat tidak mencukupi.
Terjunlah ke laut dan cuba berenang. Bukan sekadar membaca buku “Bagaimana ingin menjadi perenang terbaik”.

Alhamdulillah kini proses menyiapkan ebook Tips Hutang telah berada di fasa akhir. Ia dijangka akan dilancarkan kepada umum selewat-lewatnya pada 15 Februari 2010 ini.
Idea untuk menerbitkan ebook ini terhasil setelah saya mengalami sendiri pelbagai masalah yang berkaitan dengan hutang. Paling terbaru dan meninggalkan kesan yang akan mendalam adalah peristiwa di mana rakan baik saya sendiri yang meminjam tetapi enggan membayarnya kembali.
Memang kisah tersebut agak peribadi sebenarnya. Namun saya kongsikan juga demi memastikan mereka yang membaca tidak akan tersilap langkah seperti saya. Sebab itu jugalah saya hanya merancang untuk menjual sebanyak 1,000 naskah sahaja paling maksimum untuk tahun 2010 ini.
Ebook ini juga sebenarnya secara teori akan dilancarkan pada masa yang tidak sesuai kerana ia bertembung dengan sebuah ebook lagi yang dilancarkan secara besar-besaran oleh salah seorang IM Malaysia yang terkenal.
Tapi saya mengambil keputusan untuk tetap melancarkannya kerana saya tidaklah berniat untuk mencatatkan jualan “bestseller” untuk ebook kali ini. Ini juga sebenarnya bagi mengelakkan saya terlambat berkongsi pengalaman saya yang mungkin dapat menyelamatkan lebih ramai orang daripada kehilangan ribuan ringgit.
Semoga urusan kita dipermudahkanNya. Amin.
Inilah entry pertama untuk blog peribadi saya ini. Sebenarnya telah banyak kali saya mencuba untuk menulis blog. Namun, seringkali ia terkandas di tengah jalan. Kali ini, saya akan mencuba sehabis baik untuk konsisten dalam penulisan blog ini.

Tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi idea, pengalaman serta isu serius mahu pun santai bersama para pembaca. Apa yang saya tulis akan merangkumi perniagaan, motivasi, kewangan dan juga kisah peribadi saya.
Saya amat mengalu-alukan sebarang komen, cadangan dan idea tambahan daripada pembaca sekalian.
Untuk blog ini, saya berazam kepada diri saya sendiri untuk menulis sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Tapi pada kebiasaannya, lebih daripada itu rasanya